
DARI WAYAR BIASA KE ARUS KEJAYAAN - Kisah Muhammad Haziq bin Hairolanuar
Di sebuah bengkel elektrik sederhana di Segamat, Johor, bermulalah perjalanan seorang anak muda yang percaya bahawa kejayaan tidak datang bergolek, tetapi dibina dengan disiplin dan kesungguhan.
Muhammad Haziq bin Hairolanuar bukanlah datang dari latar yang mewah. Selepas menamatkan pengajian Sijil Teknologi Elektrik, beliau melangkah ke alam pekerjaan sebagai seorang juruteknik dengan gaji permulaan sekitar RM1,700. Bagi sesetengah orang, jumlah itu mungkin kecil, namun bagi Haziq, ia adalah titik mula untuk membina masa depan.
“Disiplin diri menentukan kejayaan,”
Itulah prinsip yang sentiasa dipegangnya. Berbekalkan ilmu yang dipelajari di Kolej Komuniti Segamat, Haziq tidak pernah berhenti menambah nilai diri. Kesungguhan dan sikap bertanggungjawabnya di tempat kerja mula menarik perhatian majikan. Peluang keemasan hadir apabila beliau menerima tajaan penuh untuk mengikuti Sijil Kompetensi Penjaga Jentera Elektrik A1 (Chargeman) — satu pengiktirafan profesional yang sangat bernilai dalam industri elektrik.
Usaha tidak mengkhianati hasil. Dengan sijil profesional tersebut, kerjaya Haziq melonjak naik. Hari ini, beliau berkhidmat di sebuah syarikat elektrik di Segamat dengan gaji pokok RM2,500, dan secara keseluruhan telah mencecah lebih RM3,000 sebulan — satu pencapaian besar bagi graduan TVET muda sepertinya. Kecemerlangan Haziq bukan sahaja diukur melalui pendapatan. Pada tahun 2023, beliau dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) semasa Konvokesyen Kolej Komuniti Johor. Dua tahun kemudian, dedikasi dan prestasi cemerlang di tempat kerja melayakkan beliau menerima Anugerah Cemerlang Pekerja Harapan 2025.
Kisah Muhammad Haziq membuktikan bahawa laluan TVET mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, berdaya saing dan berjaya. Dari seorang graduan sijil kepada juruteknik bertauliah, beliau adalah contoh nyata bahawa kejayaan bukan ditentukan oleh dari mana kita bermula, tetapi sejauh mana kita sanggup berusaha.
Hari ini, Haziq berdiri sebagai inspirasi — bahawa dengan ilmu, disiplin dan kesungguhan, arus kejayaan pasti mengalir.
|
|
30 Julai 2025, Segamat - Usailah sudah Minggu Transformasi Siswa Kolej Komuniti Segamat hari ini apabila ditutup dengan rasminya oleh Pengarah Kolej Komuniti Segamat, En Zahid bin Daim. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terpilih di Kolej Komuniti Segamat.
Ini adalah tempat anda menuntut ilmu selama 2 tahun. Kedatangan anda pasti membawa seribu harapan khasnya daripada ibu bapa anda. Semoga anda semua cemerlang dunia dan akhirat.
![]() |
![]() |
|
23 Jan 2024, Segamat - Sesi Temuduga Program TVETPreneurship Usahawan Teknologi Retort dilaksanakan denga jayanya. Seramai lapan orang calon telah menghadiri sesi temuduga ini. Barisan panel terdiri daripada Ustaz Sh. Haffie Awab (MAINJ JB), Ustaz Khairul Anwar Isnin (MAINJ Segamat), Ts. Nazila, Pn. Rusnani dan Pn. Nazra. Program TVETpreneurship ini merupakan program Anjuran Kolej komuniti Segamat yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Johor bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi Asnaf Negeri Johor dengan kemahiran dan ilmu keusahawanan. Terima kasih kepada semua jawatankuasa yang bertugas dengan penuh dedikasi.
|
|
TEST
































