INOVASI PENGAMBILAN PELAJAR “1 GET 1”

 

Projek Inovasi Pengambilan Pelajar “1 GET 1” dilancarkan bagi membantu meningkatkan enrolmen pengambilan pelajar di Kolej Komuniti Segamat.

Rentetan daripada pencapaian enrolmen pelajar baharu Kolej Komuniti Segamat yang kurang memberangsangkan pada sesi Jun 2018, suatu inisiatif telah diambil untuk mencapai norma pengambilan pelajar untuk sesi pengambilan seterusnya.

Projek “1 GET 1” secara rasionalnya dilancarkan untuk menjadikan pelajar semasa di Kolej Komuniti Segamat sebagai agen/duta dalam mempromosikan kolej kepada rakan-rakan lepasan SPM yang belum mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi.

Satu e-borang boleh diakses oleh pelajar dengan hanya mengimbas kod QR yang tersedia pada poster program “1 GET 1”.

Pelajar tersebut (PERUJUK) perlu memperkenalkan seorang rakan (PROSPEK) dalam kalangan lepasan SPM untuk menyambung pengajian di Kolej Komuniti Segamat.

Maklumat penting seperti

a) Nama

b) No. kad pengenalan

c)  Alamat

d) No telefon PROSPEK perlu diisi oleh PERUJUK.

Infografik berkaitan program yang ditawarkan, maklumat yuran, hostel dan lain-lain juga boleh diakses dengan mudah. 

Klik butang 1GET1 yang disediakan untuk pendaftaran.