CABARAN MENDAKI GUNUNG ANGSI KKS 2023


Tarikh : 30 September 2023 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bukit Putus, Kuala Pilah
Penyertaan : 10 org pelajar (6L , 4W)

Pegawai Pengiring : 
1. Mohamad Hanif Md Ghazalli
2. Khairul Anuar Selamat


KUALA PILAH - Seramai 10 orang pelajar dan 2 pegawai pengiring dari Kolej Komuniti Segamat telah berjaya menawan puncak Gunung Angsi berketinggian 825m.

Sebelum mendaki gunung ini para pendaki telah menjalani latihan intensif selama 2 minggu. Cuaca yang baik membantu mereka semua untuk tiba di puncak dan turun dalam keadaan yang selamat dan mengikut jadual yang telah dirancang.

Program anjuran Unit Ambilan & Pembangunan Pelajar KKS ini adalah berpandukan Prosedur Operasi Standard Rekreasi Luar Pelajar KPT bertujuan untuk menguji daya ketahanan mental dan fizikal pelajar selain memupuk kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan cintakan alam semulajadi.