𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐌𝐏𝐔 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

17 September 2022, Pagoh - Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Johor telah melabuhkan tirainya pada Sabtu lalui dengan seramai 753 Graduan telah menerima Diploma & Sijil Kolej Komuniti bagi tahun 2022.

Terima kasih kepada YB Cik Norlizah binti Noh, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor yang telah merasmikan Sidang 1 Konvensyen Kolej Komuniti Negeri Johor pada 17 September 2022 lalu bertempat di Pusat Konvensyen, Bangunan Gunasama Hab Pendidikan Pagoh, Johor.

Beliau berkata "kolej komuniti sebagai institusi pendidikan TVET berupaya untuk terus relevan dalam memainkan peranan penting bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir ke arah negara maju berpendapatan tinggi.

Beliau juga menambah "sesungguhnya, keunikan Kolej Komuniti terserlah dengan kesungguhan warganya termasuklah tenaga pengajar dan pelajar dalam menggembleng usaha dan tenaga, bersama komuniti dan
industri berhampiran bagi menjayakan pelbagai program yang dirancang demi merancakkan pembangunan komuniti setempat."

Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Johor ini melibatkan sebanyak 12 Kolej Komuniti di negeri Johor yang menawarkan pelbagai bidang samada di peringkat Diploma dan Sijil.

Dengan kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti adalah tinggi iaitu 94.8 peratus bagi tahun 2021 yang membuktikan bahawa graduan Kolej Komuniti mendapat tempat dalam pasaran kerjaya dan menjadi pilihan majikan mahupun industri.

Sehubungan dengan itu menjadi harapan beliau Kolej Komuniti menjadi sebagai salah sebuah institusi pendidikan dan latihan TVET terkemuka negara juga dapat bersama-sama kerajaan Johor untuk membangunkan dan melatari arus perkembangan teknologi digital dalam melahirkan rakyat Malaysia yang lebih maju dan mapan.

Berajaan negeri, akan sentiasa memberi sokongan penuh kepada program-program berasaskan TVET kerana modal insan inilah yang
bakal memacu negeri Johor sebagai sebuah negeri berprestasi tinggi.