MAJLIS SERAHAN SIJIL PERLANTIKAN DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT (KKSJDT) BIL1/2022

 

 

12 September 2022 - Alhamdulillah, JK Penasihat KKSJDT 2022/2024 serta barisan pengurusan tertinggi KKSJDT bersama menghadiri majlis perlantikan Jawatankuasa Penasihat KKSJDT dan mesyuarat pertama Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Segamat bagi tahun 2022.

Semoga dengan perlantikan ini dapat membantu pihak KKSJDT dalam memperkasa hala tuju institusi sebagai salah satu nadi penggerak pendidikan negara.

Senarai Ahli Jawatankuasa Penasihat KKSJDT :
1. Pn. Hjh. Rahana Binti Mohamed - (Pengerusi J/k Penasihat Kolej Komuniti Segamat) Merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Sekijang

2. En. Zahid Bin Daim - (Setiausaha J/K Penasihat Kolej Komuniti Segamat)
Pengarah Kolej Komuniti Segamat, Johor

3. YB. Pn. Hjh. Haslinda Binti Salleh - ADUN Tenang Merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis

4. Tn. Hj. Hasrin Kamal Bin Hashim - Peg. Daerah Segamat

5. YM. Ungku Mohd Tahir Bin Ungku Mohd Zakaria - YDP Majlis Perbandaran Segamat

6. En. Norrasid Bin Hamsan - Penolong Peg. Pendidikan Daerah Hal Ehwal Murid PPD Segamat

7. Ybrs. Prof. Dr. Yusri Bin Yusof - Prof. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan, Uni. Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat

8. Ybrs. Dr. Mohd Rashahidi @ Rusdi Bin Mohamood - Mantan Pengarah Kanan (Akademik), Jab. Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK)

9. Ir. Nor Saleheen Binti Abdul Razak - Jurutera Daerah Segamat

10. Ybrs. Dr. Mohd Shaiful Bin Mohd Aris - Pej. Kesihatan Daerah (PKD) Segamat

11. En. Mohamad Aris Bin Mohamad Dol - GPK Pentadbiran, Sek. Men. Keb. Paduka Tuan

12. En. Ishak Bin Abu Bakar - Penghulu Kanan Sungai Segamat

13. En. Maizatul Asrul Bin Mohd Yunos - Peg. Belia Dan Sukan Daerah Segamat

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Pn Hjh Rahana binti Mohamed. Jutaan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat di atas kehadiran dan komitmen yang diberikan sepanjang mesyuarat berlangsung.

Semoga semua perkara yang dibincangkan dan dipersetujui di dalam mesyuarat ini mampu diterjemahkan demi kelangsungan pendidikan di sekitar daerah Segamat.12:05 PM