PROGRAM SKE KUASAI ARENA BADMINTON

 

PROGRAM SKE KUASAI ARENA BADMINTON

Isnin, 30 Mei 2022 - Program Sijil Teknologi Elektrik (SKE) ditabalkan sebagai juara setelah mengumpul mata penuh kemenangan sebanyak 8 mata apabila menewaskan kesemua 4 program di dalam Acara Badminton Berpasukan Lelaki pada Kejohanan KKS Interprogram Sports Fiesta 2022.

Dalam perlawanan kedua di antara Program SKE menentang Program SPB, SPB terlebih dahulu mengejutkan pihak lawan dengan kemenangan bagi acara perseorangan lelaki sebelum dua bergu SKE kemudian bangkit menewaskan lawan masing-masing untuk keputusan penuh 2-1.

Pada perlawanan lain bagi penentuan Pingat Perak dan Gangsa di antara Program SMN menentang Program SPB menyaksikan perlawanan yang sangat sengit di mana bagi acara perseorangan lelaki SPB terlebih dahulu berjaya menundukkan pihak lawan sebelum bergu pertama SMN berjaya mengikat kedudukan pada perlawanan kedua dengan beza hanya 1 mata sahaja (30-29). Perlawanan penentuan untuk bergu kedua juga dipisahkan dengan 1 mata (29-30) yang dimenangi oleh bergu SPB untuk keputusan penuh Program SPB menang 1-2.

INFO PERTANDINGAN :
Sukan : Badminton
Acara : Berpasukan Lelaki
Tarikh : 24, 25 & 30 Mei 2022
Masa : 9 mlm
Tempat : SJK(C) Jagoh
Peserta : 25 orang pelajar

KEPUTUSAN :
 - Sijil Teknologi Elektrik (SKE)
 - Sijil Penyelenggaraan Bangunan (SPB)
 - Sijil Teknologi Pembuatan (SMN)
10:36 AM