KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT PERKUKUH KERJASAMA BERSAMA UTHM

 

  

 

𝙆𝙤𝙡𝙚𝙟 𝙆𝙤𝙢𝙪𝙣𝙞𝙩𝙞 𝙎𝙚𝙜𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙥𝙚𝙧𝙠𝙪𝙠𝙪𝙝 𝙠𝙚𝙧𝙟𝙖𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙐𝙏𝙃𝙈

18.4.2022 , Batu Pahat - Kolej Komuniti Segamat terus giat memperhebatkan aktiviti promosi dan kolaborasi bersama pihak industri dan akademik luar bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap peranan kolej komuniti.

Pengarah Kolej Komuniti Segamat, En Zahid Daim menjelaskan Kolej Komuniti Segamat perlu meningkatkan kerjasama bersama pihak industri dan akademik bagi mengukuhkan lagi keupayaannya khasnya dalam bidang TVET.

Melalui lawatan benchmark ini, Kolej komuniti Segamat boleh bertukar pendapat dan maklumat mengenai UTHM seterusnya boleh mencari banyak lagi peluang dan ruang untuk bekerjasama.

UTHM sebagai sebuah universiti yang bercirikan TVET boleh dijadikan benchmark dalam pelbagai bidang seperti penyelidikan, pembelajaran sepanjang hayat, inovasi dan peluang menyambung pengajian oleh pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Segamat ke sana.

Bagi memastikan semua berjalan dengan lancar, satu program taklimat daripada pihak UTHM bakal diadakan di Kolej Komuniti Segamat.

Pihak Kolej Komuniti Segamat mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan kepimpinan UTHM yang terdiri Prof. Madya Dr. Nik Hisyamudin bin Muhd Nor, Prof. Madya Dr. Izzuddin bin Zaman, Dr. Saizalmursidi bin Md Mustam, Dr. Nadirul Hasraf bin Mat Nayan, Prof. Madya Ts. Asmarashid bin Ponniran, Ts. Dr. Azizul Azhar bin Ramli, Dr. Elizah binti Mohamed serta barisan kepimpinan UTHM yang turut hadir.

#onekksegamat
#kolejkomunitisegamat
09:54 AM