LAWATAN YB PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENERANGAN DAN KOMUNIKASI NEGERI JOHOR

KE KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT

 

 

11.4.2022, Segamat - Telah berlangsung pagi tadi lawatan YB Cik Norlizah binti Noh selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri. Ianya merupakan lawatan kerja YB EXCO Pendidikan yang pertama ke institusi pengajian tinggi negeri Johor selepas dilantik sebagai EXCO kerajaan negeri Johor baru-baru ini.

Lawatan YB EXCO Pendidikan ini merupakan aktiviti turun padang untuk melihat sendiri keadaan dan isu pendidikan di peringkat akar umbi sambil mendengar sendiri suara dan pendapat daripada pemimpin pelbagai peringkat dalam bidang pendidikan.

Lawatan ini turut diisi dengan sesi taklimat pengajian Kolej Komuniti daripada En Zahid bin Daim, Pengarah KK Segamat, majlis ramah mesra bersama warga Kolej Komuniti dan Politeknik Negeri Johor, perasmian Kolej Komuniti Segamat Maker Space dan pameran Akademik Kolej Komuniti Segamat.

Adalah menjadi hasrat Kolej Komuniti negeri Johor ingin merapatkan lagi hubungan bersama kerajaan negeri Johor serta pejabat pendidikan Daerah Segamat untuk memastikan hasrat kerajaan untuk menyampaikan kemahiran akan tercapai.

Pihak Kolej Komuniti Segamat dan Kolej Komuniti negeri Johor serta seluruh warga kerja mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Norlizah binti Noh di atas kesudian melawat Kolej Komuniti Segamat.

Pihak Kolej Komuniti Segamat mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada Pengarah-Pengarah, atau wakil Kolej Komuniti dan Politeknik Negeri Johor, Pegawai Pendidikan Daerah Segamat, Pegawai Penerangan Daerah Segamat serta pihak media yang turut hadir.

#onekksegamat
#kolejkomunitiSegamat
#KolejKomunitiMalaysia
#kolejkomunitipenerajupendidikanTVETyangunggul.