POLYCC RIDE @ LANGKAWI 2022 MEDAN UJI KETAHANAN FIZIKAL PENUNGGANG

 


29.01.2022, Langkawi - HENJUTAN CYCLIST KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT DI POLYCC RIDE @ LANGKAWI 2022 


Langkawi, 29 Januari 2022 - Kolej Komuniti Segamat telah menghantar 2 orang wakil bagi kategori Staf Lelaki di PolyCC Ride @ Langkawi 2022 yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Politeknik (MSP) dengan kerjasama Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi (LTA@LTKK).

Kayuhan sejauh 70km mengelilingi Pulau Langkawi dan beberapa pendakian menjadi cabaran utama buat lebih 200 peserta untuk menguji daya ketahanan fizikal dan mental. Kayuhan yang berkonsepkan 'fun ride' dan 'tournament' memberi ruang dan peluang untuk para peserta memilih samada untuk berkayuh santai atau berlumba. Selain itu Pulau Langkawi yang sinonim dengan pulau perlancongan negara menyajikan pemandangan yang indah di sepanjang laluan membuatkan para peserta berasa teruja untuk menghabiskan kayuhan.

Program kayuhan ini juga bertujuan untuk mempromosikan Politeknik dan Kolej Komuniti selain dirancang untuk dijadikan sebagai acara tahunan.

#majlissukankolejkomuniti