BENDERA KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT BERKIBAR DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

Kota Kinabalu, 8 Februari 2022 - Tiga orang pendaki dari Kolej Komuniti Segamat iaitu Ts. Zulfadli Ghani, Ts. Muhammad Zuhairy Zulkifli & En. Mohamad Hanif Md Ghazalli telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu bersama 32 orang pendaki dari Politeknik (PKK, PBU, PTSN, PSMZA, PNS, PMM, PMK) & UTHM di dalam Kinabalu Challenge 2022 anjuran Politeknik Kota Kinabalu.

Pendakian naik dan turun selama 2 hari menguji daya ketahanan mental dan fizikal para pendaki ditambah dengan tiupan angin yang kuat dan kesejukan yang mencecah suhu 0 darjah Celcius ketika berada di puncak. Aktiviti mempromosikan Kolej Komuniti Segamat juga turut dilakukan dengan pengedaran kalendar & flyers KKS di sekitar Kota Kinabalu, Kundasang & Ranau.