KEMPEN JOM TANAM POKOK DAN SKUAN ANTI DADAH PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT

 

 

Kempen jom tanam pokok dan skuad Anti Dadah peringkat Kolej Komuniti Segamat dilancarkan.
 
25.11.2021, Bandar IOI - Telah berlangsung semalam perhimpunan bulanan staff Kolej Komuniti Segamat. Acara yang diadakan secara bulanan ini diadakan bagi memberikan perkembangan terkini kepada warga Kolej selain mengiktiraf komitmen staf yang cemerlang dan yang telah berjaya mencapai KPI kursus pendek di Kolej Komuniti Segamat.
Turut bersama semalam adalah Penolong Pengarah, Pejabat Hutan Wilayah Segamat yang memberikan penerangan mengenai kempen Jom tanam pokok peringkat daerah Segamat.
Semalam juga telah dilancarkan Skuad Anti Dadah peringkat Kolej Komuniti Segamat. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam, KKS komited untuk bersama melawan gejala dadah. Penubuhan skuad ini untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai bahaya dadah dan bagaimana mereka boleh berperanan dalam komuniti untuk bersama membenteras gejala dadah. Secara tidak langsung mereka juga boleh menimbulkan kesedaran kepada rakan sebaya untuk jauhi daripada gejala dadah.
Syabas dan tahniah kepada unit Pengajian Am selaku urusetia perhimpunan bulanan semalam, program berjalan amat baik dan lancar.
Terima kasih juga kepada semua staff yg hadir.