LAWATAN BENCHMARK EOMS KE KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT

 

23.11.2021, Banting - Kolej Komuniti Segamat terus komited untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan penyampaian sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam.
Justeru itu, satu lawatan Benchmark ISO 2018 - EOMS telah dilaksanakan di Kolej Komuniti Kuala Langat hari ini
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan input dan amalan terbaik untuk cara memohon, merancang, mengurus dan melaksanakan EOMS di Kolej Komuniti Segamat.
Seramai 10 orang pegawai daripada Kolej Komuniti Segamat telah terlibat dalam lawatan ini termasuk Pengarah, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Timbalan Pengarah (Akademik), Ketua Unit Jaminan Kualiti dan Ketua Program.
Semoga lawatan ini akan diterjemahkan kepada tindakan dan seterusnya memacu Kolej Komuniti Segamat mempunyai amalan sistem pengurusan pendidikan yang terbaik dan berkualiti.