KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT KE SEK MEN TINGGI SEGAMAT

 
 
23.11.2021, Segamat - Kolej Komuniti Segamat, Bandar IOI terus mengukuhkan kerjasama strategik antara Sekolah sekitar daerah Segamat dan Kolej Komuniti.
Semalam, satu kunjungan hormat telah diadakan untuk menyantuni Pengetua Sekolah Tinggi Segamat. Ianya bertujuan untuk terus meningkatkan kerjasama antara Kolej dan pihak sekolah dalam pelbagai bidang.
Selain berkongsi pandangan dan isu keciciran pelajar, perjumpaan ini juga menawarkan pelajar sekolah tinggi Segamat khasnya untuk menyambung pengajian di Kolej Komuniti Segamat. Juga tidak dilupakan, kakitangan STS untuk meningkatkan kemahiran khasnya dalam bidang yang dimiliki oleh KKS.
Untuk makluman, Sekolah Tinggi Segamat (STS) pada pringkat awalnya dikenali sebagai Government English School (G.E.S), kemudian dikenali sebagai Segamat Secondary English School dan Sekolah Menengah Inggeris Segamat. Sekolah ini diasaskan pada tahun 1914 yang bertempat di Jalan Abdullah, Segamat. Pada tahun 1926 bangunan utama kini dibina dan pelajar mula dipindahkan pada tahun 1930. ni
Sekolah ini merupakan sekolah tertua dan pertama di Segamat, dan kini bangunan sekolah ini telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai bangunan warisan sejarah.
Terima kasih kepada pengetua STS, Pn Rohaya dan Cikgu Kaunselor, En Azmi. Turut hadir juga adalah Pn Norhamizah binti Rusli selaku Ketua Program Sijil Penyelenggaraan Bangunan dan Alumni pelajar STS, En Azmi yang kini menjadi pensyarah di Kolej Komuniti Segamat.