MAJLIS MENANDATANGANI NOTA KERJASAMA ANTARA KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT DAN KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT

 

 

2 November 2021, Segamat - Petang tadi telah berlangsung sesi Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Kolej Vokasional Segamat dan Kolej Komuniti Segamat bertempat di Kolej Vokasional Segamat

Pegawai yang terlibat adalah En Zahid bin Daim, Pengarah, Pn. Nazila Binti Masdor, Tim. Pengarah (Akademik), Ts. Mohd Azharuddin bin Mohd Nadzari, Timbalan Pengarah (Pengurusan) bagi mewakili Kolej Komuniti Segamat.

Untuk rekod, kerjasama antara Kolej Vokasional Segamat bersama Kolej Komuniti Segamat telah bermula sejak tahun 2014 khasnya pembelajaran berkaitan bidang mekanikal.

Selain Kolej Komuniti Segamat, turut menandatangani adalah SMK Paduka Tuan selaku student feeder kepada Kolej Vokasional Segamat. Selain mengukuhkan bidang lain yang berkaitan.

Semoga dengan termaterinya majlis tandatangan ini, kerjasama antara 2 pihak ini semakin erat.

#kolaborasikksj
#onekksegamat
#KolejKomunitiSegamat