MAJLIS RAMAH MESRA PENGARAH KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT BERSAMA AHLI JAWATANKUASA PENASIHAT KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT

 

 

9 November 2021, Segamat - Telah berlangsung satu majlis Ramah Mesra Pengarah Kolej Komuniti Segamat bersama Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Segamat semalam.

Program ini diadakan bagi menghargai sumbangan Jawatankuasa Penasihat KKS dalam mengadakan kolaborasi bersama serta memberi sumbang saran idea dan cadangan.

Terima kasih kepada Pejabat Daerah Segamat, Pejabat Pendidikan Daerah Segamat, Majlis Perbandaran Segamat, AADK daerah Segamat, JTK Daerah Segamat dan RISDA Daerah Segamat yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan kolaborasi dan kerjasama ini.

Kolej Komuniti Segamat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua JK Penasihat sesi 2019-2020 di atas peranan yang telah dimainkan dalam membantu Kolej Komuniti Segamat sebelum ini.

Semoga kerjasama yang dijalin akan diteruskan pada masa akan datang.

#jkpenasihatkks
#KolejKomunitiSegamat
#kolaborasikksj