MAJLIS PENANAMAN POKOK SEMPENA KEMPEN 100 JUTA POKOK 2021-2025

 

14/11/2021, Segamat - Telah berlangsung pagi Majlis Penanaman Pokok Sempena Kempen 100 Juta Pokok 2021-2025, Pelancaran Lebuh Genuang dan Penyampaian Watikah Jalan Angkat yang disempurnakan oleh Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat.

Majlis tersebut telah diadakan di Taman Rekreasi Awam di Bandar IOI turut dihadiri YM Ungku Mohd Tahir bin Ungku Mohd Zakaria, Yang Dipertua MPS, Encik Mohamad Ifratshim bin Mohamad Sa'ed, Pegawai Perhutanan Daerah Segamat, ketua-ketua jabatan daerah, Ahli-Ahli Majlis dan ketua-ketua jabatan MPS.

Kolej Komuniti Segamat juga tidak ketinggalan turut bersama menjayakan acara ini sebagai menyahut seruan kerajaan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli yang menyasarkan kempen penanaman pokok sebanyak 100 juta menjelang tahun 2025.

Dalam majlis tersebut juga turut diadakan pelancaran Lebuh Genuang. Penjenamaan Lebuh Genuang ini bertujuan untuk mempromosikan laluan masuk utama daerah Segamat melalui Gerbang Mahkota, Segamat sehingga Taman Bunga Batu Hampar.

Turut diadakan dalam majlis tersebut adalah pelancaran jalan angkat. Jalan angkat ditubuhkan untuk memupuk rasa tanggungjawab dalam bersama-sama menjaga kebersihan daerah Segamat. Sebanyak 40 jabatan/agensi dilantik sebagai penyelaras bagi ke semua jalan angkat tersebut. Setiap penyelaras boleh melaksanakan kerja-kerja pembersihan di lokasi jalan angkat masing-masing pada minggu pertama atau minggu kedua setiap bulan. Semoga dengan aktiviti/program yang dilaksanakan dan dirancang ini akan dapat membantu menaikkan lagi imej daerah Segamat demi kesejahteraan semua pihak.

#Segamat
#KolejKomunitiSegamat