25 Oktober 2023, Segamat - Petang semalam telah berlangsung majlis sesi pelepasan dan doa selamat Team Usahawan Kolej Komuniti Segamat ke Pulau Pinang.

Pada majlis tersebut En Zahid bin Daim, Pengarah Kolej Komuniti Segamat telah memberikan kata-kata semangat dan galakan kepada 10 orang pelajar Program Sijil Teknologi Elektrik & Sijil Sistem Komputer & Rangkaian Kolej Komuniti Segamat yang akan bertanding dalam Program Young Socialpreneur 2023 (YS2P 3.0) di Pulau Pinang pada Oktober ni.

Warga KKS mengucapkan selamat sampai ke destinasi. Semoga peroleh kejayaan pada pertandingan tersebut