23 Oktober 2023, Segamat - Semalam Kolej Komuniti Segamat telah mengadakan Majlis Apresiasi bagi menghargai dedikasi dan kecemerlangan staf kami yang sangat menginspirasikan.

Setiap hari, staf Kolej Komuniti Segamat bekerja tanpa mengenal erti lelah selain memberi pendidikan dan bimbingan terbaik kepada anak-anak didik kami.
Melalui inovasi dan semangat mereka, staf Kolej Komuniti Segamat terus gigih meneraju dan menggalas tugas!

Hari Apresiasi adalah satu majlis bagi menghargai dan meraikan usaha dan kerja keras semua staf dan diberi penghormatan yang pantas dan diapresiasi.