13 Mac 2023, Johor Bahru - PolyCC Negeri Johor sekali lagi mengadakan perjumpaan bersama pihak Iskandar Malaysia Development Authority (IRDA) baru-baru ini.

Perjumpaan yang diadakan bertujuan untuk bekerjasama dengan IRDA dalam membantu PolyCC Negeri Johor untuk projek rintis peluasan akses pelajar B40 di negeri Johor.

Turut hadir pada perjumpaan ini adalah Pn Yusma Binti Yusof, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti JPPKK, En Zahid bin Daim, Timbalan Pengerusi PolyCC Negeri Johor, En Tahir bin Leemat, Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang, En Mohd Hafiz bin Hamdan, Pengarah Kolej Komuniti Pagoh dan wakil daripada Kolej-kolej Komuniti dalam negeri Johor.

Terima kasih kepada pihak IRDA yang banyak memberikan input yang baik dalam menjadikan projek rintis ini suatu realiti. Semoga akses anak Johor untuk menyambung pendidikan TVET di pelbagai peringkat dipermudahkan.

#KolejKomunitiSegamat
#polycc 
#kolaborasikks 
#polyccjohor