13 September 2022 - Alhamdulillah telah berlangsung majlis ilmu Program Kefahaman Islam (KFI) 2022 anjuran bersama Pejabat Kadi Daerah Segamat dan Kolej Komuniti Segamat.

Ucapan Aluan telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Mohd Rashid bin Ab Rahman, Pembantu Hal Ehwal Islam, Pejabat Kadi Daerah Segamat. Manakala Majlis perasmian pula disempurnakan oleh Pn Nazila binti Masdor, Timbalan Pengarah Akademik Kolej Komuniti Segamat.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman Islam sebenar kepada umat Islam selain menyediakan ruang perkongsian serta perkembangan ilmu bagi melahirkan insan yang beriman.

Bagi pihak KKSKDT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini khasnya pejabat Kadi Daerah Segamat, Unit Ambilan dan Hal Ehwal Pelajar serta Kelab Animasi 2D