BATU PAHAT, 22 Oktober - YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan lawatan kerja ke Kampus Satelit Kolej Komuniti@Parit Sulong hari ini bertempat di Taman Industri D’Cabin Medan Niaga Seri Sulong, Parit Sulong.
Antara aktiviti yang diadakan sempena lawatan ini ialah sesi taklimat ringkas oleh En Shahrulnizam bin Siran, Caretaker Kampus Satelit Kolej Komuniti@Parit Sulong berkaitan Program Sukarelawan TVET PolyCC@Community yang melibatkan pembaikan 4 buah rumah asnaf di kawasan Parit Sulong yang bermula pada 15 Februari 2021 dan siap sepenuhnya pada pada 20 Mac 2021. Sebagai simbolik kepada lawatan kerja beliau, YB Menteri telah menandatangi plak perasmian Kampus Satelit Kolej Komuniti@Parit Sulong dan menyerahkan kit promosi kepada wakil komuniti melalui 9 orang penghulu sekitar Parit Sulong.
 
Turut hadir pada lawatan kerja ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengajian Tinggi, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Ts. Zainab binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Zubaidah binti Aman, Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Tn. Hj. Muhammad Rumzi bin Mamat, pegawai-pegawai kanan KPT dan agensi persekutuan, serta ketua-ketua jabatan daerah Batu Pahat.