12 Januari 2023, Segamat - Alhamdulillah pada hari ini, Kolej Komuniti Segamat telah menuai hasil tanaman hidroponik yang menggunakan teknologi IOT.

Ini merupakan hasil tuaian yang kedua dan tanaman yang telah ditanam adalah sayur sawi. Projek ini menumpukan tanaman sayuran hidroponik dan membela ikan keli.

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengarah, En Zahid bin Daim dan staff yang hadir pada program pagi ini.

Laman Hidroponik ini merupakan projek kerjasama antara Sijil Teknologi Pembuatan dan Sijil Penyelenggaraan Bangunan dalam merealisasikan Pertanian Bandar yang merupakan inisiatif penting untuk membantu isi rumah mengurangkan kos sara hidup di samping menikmati hasil tanaman yang sihat dan segar.09:06 AM